Tuesday, March 31, 2009

Pertukaran Guru j-QAF Jun 2009


Merujuk kepada surat KPM ruj. KP(JAPIM)5206/2/2/15 Jld.8 ( 109 ) bertarikh 14 Januari 2009 guru j-QAF yang berkelayakan boleh memohon pertukaran secara online. Permohonan online HANYA untuk pertukaran antara negeri sahaja. Pertukaran dalam negeri dipohon dengan mengisi borang secara manual. Semua permohonan (bukan secara online) mestilah dikepilkan dengan perkara berikut:


  1. Borang Pertukaran Dalam atau Luar Negeri (melalui Guru Besar)

  2. Surat rasmi pertukaran Suka Sama Suka (SSS) dengan memasukkan butiran Pemohon dan Pasangan (SSS) seperti berikut:
    2.1 Nama dan KP 2.2 Opsyen
    2.3 Tahun Ambilan
    2.4 Kod Sekolah , Sekolah dan Alamat lengkap (sekolah asal)
    2.5 Kod Sekolah , Sekolah dan Alamat lengkap (sekolah dipohon)
    2.6 No Tel yang boleh dihubungi

  3. Surat Kebenaran suami (jika berkenaan)

  4. Surat Perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.

  5. Surat sokongan (jika ada) - con. Surat Hospital Pakar, Laporan polis dll.

Monday, March 30, 2009

BBM Bahasa Arab

Saturday, March 21, 2009

Laporan Pemantauan Awal Tahun j-QAF 2009

Pernyataan 1
JUMLAH WAKTU MENGAJAR GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF
Berdasarkan dapatan pemantauan, Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di 64 buah sekolah (73.6%) daripada 87 buah sekolah yang dipantau mengajar mengikut jumlah waktu yang sesuai (25-32 waktu seminggu) manakala Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di 21 buah sekolah (24.1%) tidak mengajar mengikut jumlah waktu yang ditetapkan (33-40 waktu seminggu). Sementara itu 2 buah sekolah (2.3%) tiada data diperolehi.
Kesimpulannya, masih ramai Guru-guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF yang dipantau mengajar tidak mengikut jumlah waktu yang sesuai.

Pernyataan 2
MATAPELAJARAN LAIN YANG DIAJAR OLEH GURU j-QAF
Daripada pemantauan yang dibuat, didapati 81 buah sekolah menyediakan jadual waktu P&P guru-guru j-QAF mengajar matapelajaran yang diperlukan (93.1%) dan hanya 6 buah sekolah dimana guru-guru j-QAF mengajar mata pelajaran lain di samping mengajar mata pelajaran yang diperlukan (6.9%).

Pernyataan 3
MESYUARAT PANITIA PERTAMA
Hasil pemantauan mendapati 77 buah sekolah yang dipantau berada pada tahap yang baik iaitu 88.5% dan hanya 10 buah sekolah sahaja yang belum melaksanakan mesyuarat panitia pertama semasa pemantauan iaitu 11.5 %.Semua sekolah yang telah mengadakakn mesyuarat panitia telah menyediakan minit mesyuarat yang lengkap.

Pernyataan 4
PELAKSANAAN MODEL-MODEL j-QAF
Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati 44 buah sekolah melaksanakan Kem Literasi al-Quran (KLaQ) 50.6%. Manakala 43 buah sekolah 49.4% tidak melaksanakannya. Daripada 44 buah sekolah yang melaksanakan KLaQ hanya 2 buah sekolah sahaja yang tidak menggunakan kaedah Inovasi Iqra'. Sementara itu, 71 buah sekolah 81.6% mencatat kehadiran murid dalam pelaksanaan Kem Bestari Solat manakala 16 buah sekolah 18.4% tidak berbuat demikian.

Pernyataan 5
PENGURUSAN KEWANGAN j-QAF
Pengurusan kewangan program j-QAF di sekolah-sekolah yang dipantau menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan. 13.8% mewakili 12 buah sekolah tidak memohon PCG Baasa Arab. 30 buah sekolah 34.5% tidak mengemaskini atau tiada salinan rekod perbelanjaan kewangan dalam fail panitia.

Pernyataan 6
PENGURUSAN FAIL
Dapatan pemantauan menunjukkan penekanan perlu diberi kepada aspek program Kecemerlangan Akademik (j-QAF). Hanya 62 buah sekolah 71.3% merancang program kecemerlangan tambahan manakala bakinya tidak berbuat demikian.
Begitu juga dengan Jadual Pencerapan dan anggaran perbelanjaan tahunan. Masing-masing mendapat 60.9% dan 59.8% mewakili 53 dan 52 buah sekolah yang melaksanakannya.Sementara itu, Surat-surat siaran j-QAF masih belum diterima oleh kebanyakan sekolah memandangkan surat siaran ini dikeluarkan pada tahun 2007 dan kebanyakan sekolah yang dipantau belum melaksanakan program j-QAF ketika itu.

Wednesday, March 18, 2009

Mesyuarat Laporan Pemantauan dan Pengumpulan Data SMGPI



Mesyuarat ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Seri Malaysia, Taiping pada 18 - 20 mac 2009. Laporan Penuh Pemantauan akan di paparkan di laman ini untuk rujukan semua.


Kelihatan Us Muhammad (kanan) dan Us Wan Salehuddin begitu tekun mengemaskini data pemantauan Daerah masing-masing.

Tuesday, March 17, 2009

Peperiksaan PTK

Peperiksaan bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi. Kertas 703/01 Umum. Agak mudah. Banyak menyentuh tentang tonggak 12. Cuti rehat dan panjar wang runcit. Satu istilah muncul "rekupmen" berkaitan panjar wang runcit. 6 soalan tidak berapa pasti jawapannya. Lain-lain InsyaAllah ok. Kertas 703/05 Pengurusan Kurikulum. jam 10:00 pagi gingga 11:00 pagi. Agak susah dan mengelirukan. Soalan pertama sudah goyah. 8 soalan tak berapa pasti. Hampir sepertiga soalan menyentuh soal pemantauan. lain-lain tentang penilaian kurikulum. Antara soalan :Siapakah yang bertanggungjawab dalam pemilihan sekolah ujirintis penilaian kurikulum.a> Pengarah b> Ketua Penolong Pengarah c> Penolong Pengarah d> Pegawai Kurikulum. : Siapakah yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat a> Menteri b> KPPM c> KSU d> ... dll. Gambarajah Teori Pembelajaran Behaviorisme dan konsep Konstruktivisme. Mudah-mudahan.... berjaya.

Suasana sebelum peperiksaan dimulakan jam 9:00 pagi di Dewan Besar SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar. Ketua Pengawas, Guru Besar SK Talang En Itamta sedang memberi taklimat.

Monday, March 16, 2009

Mesyuarat ABM 2010

Pagi ini dimulakan dengan bismillah. Bermula 7:30 pagi menuju ke pejabat. Mesyuarat ABM sepatutnya jam 8:30 pagi telah ditunda kepada jam 2:30 petang. Masa yang ada digunakan untuk menyediakan maklumat SK j-QAF untuk keperluan Pejabat SUK. Timbalan SUK Dato' Mohd Jamal Mahussin akan menghubungi bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. YAB MB Perak memintanya untuk membuat agihan akhbar Jawi ke sekolah-sekolah j-QAF. Alhamdulillah dengan bantauan Us Salehuddin Arshad (PPD Hilir Perak) seorang pakar rujuk Jawi beberapa maklumat penting dapat diperolehi. Cadangan tentatif program, Sukatan Kemahiran Jawi Sekolah Rendah dan yang terakhir strategi pelaksananan Kursus semuanya diterima secara email. Tepat jam 11:00 pagi Dato' Jamal menghubungi. Ketika itu sedang sarapan pagi. Memang diduga. Terpaksa bergegas ke Pejabat SUK ditemani Penolong Pengarah Pendidikan Islam Rendah. Temu janji jam 11:30 di Pejabat SUK. Singgah dulu di pejabat. Dalam perjalanan telefon berbunyi lagi. Seorang guru j-QAF sedang menanti untuk membincangkan soal pertukaran. Memang dah ada temu janji dengannya. JEM...
Mohon maaf ustazah.. Bantuan Us Mohd Shah Penyelia Rendah terpaksa diminta untuk berbincang dengan Ustazah bersama suaminya. Jam 11:20 pagi bahan -bahan berkaitan dan email yang diterima terus dicetak. Sampai di Perkarangan SUK jam 11:30 pagi. Malangnya parking telah penuh. Terpaksa parking di muzium bersebelahan.
Berjumpa Timbalan SUK di tingkat 2. Beberapa maklumat tambahan diperlukan. Akhirnya balik semula ke pejabat dan membuat agihan. Semua kelas j-QAF tahun 3 hingga 5 sebanyak 1958 buah kelas dicadangkan untuk dibekalkan dengan akhbar Jawi dengan kadar sebuah akhbar bagi setiap kelas. Jam 1:15 semua maklumat telah diemail. Alhamdulillah...
Jam 2:30 mesyuarat ABM dijangka bermula. Jam 3:00 ptg Tuan Pengarah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat hingga jam 4:45 ptg. Tuan Pengarah mohon izin keluar ada urusan lain. Mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah. Isu ABM SK j-QAF dibangkitkan. Unit Sekolah Rendah mohon penjelasan jumlah waran yang dipohon bagi setiap sekolah. Data unjuran BSM ialah 3494. Unjuran SK j-QAF tahun 2010 ialah 557 buah. Guru sedia ada 1366 orang. Waran setiap sekolah ialah 3 orang guru j-QAF dengan tambahan masing-masing seorang pada tahun ketiga dan keempat pelaksanaan j-QAF. Titik penyelesaian tidak ditemui. Timbalan meminta isu ini diselesaikan diluar mesyuarat bersama Unit Rendah. Mesyuarat tamat hampir jam 6:00 ptg. Bergegas ke pejabat untuk solat asar. 6:30 sampai ke rumah. Terus mengadap komputer untuk merungkaikan isu berbangkit. Jam 7:10 semua data siap mengikut agihan setiap sekolah dengan keperluan seramai 2074 orang guru bagi ABM 2010. Data di email. Alhamdulillah ... siap juga akhirnya.
Selepas solat Maghrib kembali mengadap komputer untuk tolong membayar bil elektrik dan air Us Mohd Shah secara Online. Jam 8:30 malam baru nak makan malam merangkap makan tengahari tak sempat siang tadi.
Esok peperiksaan PTK di SMK Bukit Merchu. 2 buah buku setebal 2 inci perlu dibaca malam ini. Ya Allah permudahkan laluan ini. Amin...

Friday, March 13, 2009

Mesyuarat Sfesifikasi Bahan j-QAF




Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang untuk membekalkan beberapa software untuk keperluan P&P Program j-QAF seluruh negara seperti CD Interaktif al-Quran Bertajwid. Software ini diharap dapat menjadi rujukan bacaan bertajwid kepada semua guru. Perisian CD Jawi Translater juga akan dibangunkan yang bukan sahaja dapat membantu guru menyemak ejaan jawi yang betul mengikut sistem ejaan Jawi DBP edisi terkini malah boleh menjadikannya sebagai bahan latih-tubi dan meningkatkan kefahaman guru tentang kaedah dan sebab sesuatu ejaan itu digunapakai. Sementara itu Kamus Arab Bahasa -Melayu - Bahasa Inggeris yang mesra pengguna serta dilengkapi gambar dan suara. Dengan carian yang cepat dan pantas juga akan dikeluarkan. Semoga perancangan ini menjadi kenyataan untuk kecemerlangan program j-QAF. Gabungan tenaga daripada BTP, BPI dan JPN diharap dapat melancarkan hasrat ini.

Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Capitol, Kuala Lumpur pada 11-13 Mac 2009





Pengurus projek Us Hassanuddin (Kanan) sedang membincangkan ciri-ciri produk terbaik untuk dikeluarkan. Dari kiri Us Muhammad (BTP), Us Aziz Mahmud (BPI) dan Us Wan Zaidi( JPN WP KL-membelakangkan kamera)

Thursday, March 12, 2009

Kamus Bahasa Arab Online

Sistem ini telah dibangunkan oleh BTP. Sila klik dipautan www.e-alqamus.com.my.