Sunday, April 19, 2009

Lawatan Pemantauan di SK Seri Tanjung



Pemantauan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Bahasa Arab 5 waktu seminggu di sekolah. Walaupun jaraknya hanya 7 km dari pekan Tanjung Rambutan tetapi perjalanannya agak sukar melalui kawasan berlopak dan berbukit. Kereta Jabatan yang digunakan terpaksa mengikut laluan alternatif ketika menghampiri sekolah bagi mengelakkan jalan bukit yang licin dan berlubang. Semua murid-murid orang asli tahun satu yang belajar di sekolah ini mengikuti matapelajaran Bahasa Arab yang diajar oleh Ustaz Jamaluddin b Aliahumad (guru j-QAF). Walaupun telah berkeluarga tetapi semangat dan komitmen yang ditunjukkan amat menyakinkan untuk membawa perubahan kepada masyarakat setempat.Perbincangan bersama Guru Besar, Penolong Kanan, GPI dan Guru j-QAF

Murid-murid orang Asli dapat membaca huruf-huruf hijaiyyah baris atas yang ditunjukkan dengan betul



Dari Kiri: Ustazah Wan Maziah (PPD Kinta Utara), Ustaz Wan Salehudin (PPD Kinta Utara), En Basharuddin (Guru Besar), Ustaz Ahmad Lutfi (PP j-QAF JPN PK), En Razali (PK)









Curam dan Licin: Laluan lereng bukit menuju ke SK Seri Tanjung

Saturday, April 18, 2009

Mesyuarat Pembinaan Bahan j-QAF Sekolah Rendah 2009



Dari Kiri Arni, Shahrizal, Zaki, Masnawi, Ahmad Lutfi (JPN PK), Khairul, Shahir, Suhaimi(PPD PT), Muntaha dan Syakimah.

Mesyuarat ini diadakan bagi membina Soalan PKSR Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 4 dan 5) dan merekabentuk semula laman web j-QAF JPN Perak. Soalan yang dibina akan dimuatkan di dalam website j-QAF untuk kegunaan guru-guru j-QAF khususnya di Negeri Perak. Mesyuarat ini diadakan di PKG Manjoi IPOH pada 15-17 April 2009. Semua Panel terdiri daripada guru-guru j-QAF sekitar IPOH dan Kuala Kangsar atas dasar penjimatan. Sekolah-sekolah akan dimaklumkan menerusi surat rasmi berrkaitan perkara ini agar peperiksaan Bahasa Arab Tahap 2 SK (j-QAF) menggunakan soalan yang selaras. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada ahli panel yang menyediakan soalan ini. SELAMAT MAJU JAYA.