Thursday, January 28, 2010

Catatan Pemantauan 2

2. Penggunaan BBM -
Guru yang menggunakan BBM secara berterusan mampu meningkatkan fokus murid kepada kemahiran yang diajar. Kad Huruf, Kad Imbasan dan Carta Huruf amat membantu murid-murid lemah untuk menguasai setiap kemahiran yang diajar. BPK telah memuatkan ke dalam CD pelaporan j-QAF BBM KLaQ. Tidak pasti berapa ramai guru-guru memanfaatkannya.
3. Pengajaran Secara Kolaboratif -
Hampir keseluruhan guru tidak memanfaatkan P&P secara kolaboratif ini secara berkesan. Hanya beberapa guru yang menyediakan agihan tugas guru semasa P&P (borang P&P 6 bulan kedua). Kebanyakan guru mengakui tenaga guru tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa P&P berjalan. Guru-guru perlu kembali kepada perancangan awal sebelum P&P bagi meningkatkan persediaan sebelum dan semasa P&P. Seorang GB menyatakan berlaku "pembaziran" tenaga guru dan tidak perlu 2 orang guru mengajar dalam satu-satu P&P (khususnya waktu Ulum).
4. Inovasi -
Guru berinovasi mampu melahirkan P&P yang berkesan tanpa usaha yang tinggi berbanding dengan guru yang mengajar bersungguh-sungguh tanpa strategi P&P yang betul. Guru perlu memikirkan bagaimana cara untuk menarik fokus murid ketika P&P, untuk mengekalkan ingatan murid kepada kemahiran yang diajar dan untuk meningkatkan waktu pembelajaran berkualiti bagi murid. (Saya akan cuba muatkan di website SPIPK buku iqra' 1-3 yang telah diringkaskan kepada kemahiran asas sebagai panduan guru). Penggunana jari atau penunjuk adalah inovasi yang paling mudah dan murah bagi meningkatkan fokus murid. Pastikan apa yang dibaca ditunjuk oleh murid walaupun guru terpaksa "memegang" jari murid.

Friday, January 22, 2010

Catatan Pemantauan 1

Minggu ini ramai pegawai terlibat dengan pemantauan bersepadu SPI. Beberapa sekolah terpilih telah dikunjungi. Ada sekolah yang mendapat keputusan yang amat baik meskipun kekurangan 3 orang guru malah ada yang kurang 4 orang guru dan keadaan fizikal yang tidak memuaskan. Ada sekolah yang tidak mendapat pencapaian yang tinggi malah dibawah 60% bagi murid tahun 6 (penguasaan al-Quran mengikut bacaan sebenar). Ada beberapa sekolah TIDAK bersedia dengan instrumen pemantauan yang lengkap diisi. Malah ada yang tak sempat untuk download dan di luar makluman pentadbir.

Saya amat yakin kesungguhan SEBAHAGIAN BESAR guru untuk menggalas amanah agama ini dengan sebaik mungkin. Cuma saya tidak pasti adakah guru-guru 'work hard' atau 'work smart'. Antara alasan guru atas kelemahan murid ialah murid mudah lupa dan latarbelakang keluarga murid yang tidak membantu. Ibubapa juga turut dikaitkan dengan pencapaian tersebut. Saya yakin itu bukanlah satu-satunya punca murid-murid tidak menguasai al-Quran walaupun telah 5 tahun mempelajarinya di sekolah.

Dari pemerhatian saya di sekolah-sekolah yang cemerlang ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan
1. Kelas 'streaming' -
kelas ini diwujudkan mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah bagi menyusun jadual agar tidak bertembung P&P guru yang terlibat. Bagi mengurangkan pertembungan jadual guru, kelas ini boleh diwujudkan sekurang-kurangnya di antara 2 buah kelas sahaja. Jika P&P di 2 kelas ini melibatkan 3 orang guru (kurang guru), maka 3 kumpulan murid boleh diwujudkan (Iqra 1-3, Iqra 4-6, Quran). Tanpa kelas streaming, guru tidak dapat memberi fokus serentak kepada semua murid. Guru mengajar 60 minit tetapi murid mungkin hanya belajar 10 minit.

sambung...

Tuesday, January 19, 2010

Pertukaran Guru j-QAF 2010

Surat makluman pertukaran guru tahun 2010 telah dikeluarkan oleh BPI, KPM pada 6 Jan 2010. Tiada lagi pertukaran guru secara suka sama suka. Semua proses pertukaran mesti mengikut prosedur sedia ada seperti pertukaran guru Pendidikan Islam (GPA). Semoga peraturan baru ini memberi ruang kepada guru ambilan 2005 khususnya untuk membuat pertukaran tanpa perlu mencari rakan pertukaran suka sama suka. SELAMAT BERTUGAS demi Agama Bangsa dan Negara.

Saturday, January 16, 2010

Ustaz Arman dalam kenangan

Pemergian Allahyarhan Ustaz Arman pada 10 Dis 2009 begitu terasa. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi Jordan yang diberkati dalam usia yang masih muda. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan laman blognya menjadi tatapan kita sepanjang masa. al-Fatihah...








Jenazah Us Arman dibawa masuk ke dalam kenderaan untuk disemadikan di Ketereh, Kelantan




Ayahanda Us Arman mengaminkan doa dipusara arwah (Kiri sekali)