Saturday, March 21, 2009

Laporan Pemantauan Awal Tahun j-QAF 2009

Pernyataan 1
JUMLAH WAKTU MENGAJAR GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF
Berdasarkan dapatan pemantauan, Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di 64 buah sekolah (73.6%) daripada 87 buah sekolah yang dipantau mengajar mengikut jumlah waktu yang sesuai (25-32 waktu seminggu) manakala Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di 21 buah sekolah (24.1%) tidak mengajar mengikut jumlah waktu yang ditetapkan (33-40 waktu seminggu). Sementara itu 2 buah sekolah (2.3%) tiada data diperolehi.
Kesimpulannya, masih ramai Guru-guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF yang dipantau mengajar tidak mengikut jumlah waktu yang sesuai.

Pernyataan 2
MATAPELAJARAN LAIN YANG DIAJAR OLEH GURU j-QAF
Daripada pemantauan yang dibuat, didapati 81 buah sekolah menyediakan jadual waktu P&P guru-guru j-QAF mengajar matapelajaran yang diperlukan (93.1%) dan hanya 6 buah sekolah dimana guru-guru j-QAF mengajar mata pelajaran lain di samping mengajar mata pelajaran yang diperlukan (6.9%).

Pernyataan 3
MESYUARAT PANITIA PERTAMA
Hasil pemantauan mendapati 77 buah sekolah yang dipantau berada pada tahap yang baik iaitu 88.5% dan hanya 10 buah sekolah sahaja yang belum melaksanakan mesyuarat panitia pertama semasa pemantauan iaitu 11.5 %.Semua sekolah yang telah mengadakakn mesyuarat panitia telah menyediakan minit mesyuarat yang lengkap.

Pernyataan 4
PELAKSANAAN MODEL-MODEL j-QAF
Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati 44 buah sekolah melaksanakan Kem Literasi al-Quran (KLaQ) 50.6%. Manakala 43 buah sekolah 49.4% tidak melaksanakannya. Daripada 44 buah sekolah yang melaksanakan KLaQ hanya 2 buah sekolah sahaja yang tidak menggunakan kaedah Inovasi Iqra'. Sementara itu, 71 buah sekolah 81.6% mencatat kehadiran murid dalam pelaksanaan Kem Bestari Solat manakala 16 buah sekolah 18.4% tidak berbuat demikian.

Pernyataan 5
PENGURUSAN KEWANGAN j-QAF
Pengurusan kewangan program j-QAF di sekolah-sekolah yang dipantau menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan. 13.8% mewakili 12 buah sekolah tidak memohon PCG Baasa Arab. 30 buah sekolah 34.5% tidak mengemaskini atau tiada salinan rekod perbelanjaan kewangan dalam fail panitia.

Pernyataan 6
PENGURUSAN FAIL
Dapatan pemantauan menunjukkan penekanan perlu diberi kepada aspek program Kecemerlangan Akademik (j-QAF). Hanya 62 buah sekolah 71.3% merancang program kecemerlangan tambahan manakala bakinya tidak berbuat demikian.
Begitu juga dengan Jadual Pencerapan dan anggaran perbelanjaan tahunan. Masing-masing mendapat 60.9% dan 59.8% mewakili 53 dan 52 buah sekolah yang melaksanakannya.Sementara itu, Surat-surat siaran j-QAF masih belum diterima oleh kebanyakan sekolah memandangkan surat siaran ini dikeluarkan pada tahun 2007 dan kebanyakan sekolah yang dipantau belum melaksanakan program j-QAF ketika itu.

No comments: