Saturday, July 18, 2009

Pemantauan j-QAF Negeri Perak

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat pemantauan di beberapa sekolah di negeri Perak pada 20-22 Julai 2009. Sekolah yang terlibat ialah di daerah Kinta Utara, Hulu Perak dan Kerian. Isu kebajikan dan kemudahan guru menjadi fokus utama di samping melihat pencapaian murid-murid khususnya di pendalaman.

Sementara itu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak sedang menyusun pemantuan fasa II di semua daerah untuk penggal kedua. Pemantauan kali ini bagi melihat pelaksanaan program kecemerlangan j-QAF sebagaimana yang sarankan dalam surat siaran bil 4/2009 bertarikh 23 Februari 2009. Pihak Jabatan juga berhasrat untuk melihat Pelaksanaan Kem Bestari Solat seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan ke sekolah-sekolah pada penggal pertama persekolahan yang lalu.

Semoga semua sekolah dapat mengemaskini sistem fail khususnya yang melibatkan pencapaian murid-murid di sekolah masing-masing. SELAMAT MAJU JAYA.

Tuesday, July 14, 2009

Kursus Kecemerlangan j-QAF Anjuran IPGMKTB - JPN Perak

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan j-QAF untuk Jurulatih Utama Negeri. Kursus ini diadakan sebanyak 2 siri. Siri pertama telah diadakan pada 7 -9 Julai 2009 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (BPG), Sungai Karangan, Kulim. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut mewakili 5 daerah seluruh negeri Perak. Kursus ini turut dihadiri oleh 5 orang wakil PPD daerah sebagai urusetia. Slot pertama telah disampaikan oleh Ustaz Ali Ahmad b Yusof dari SK King Enward IV (1) berkaitan penggunaan Lughatul Fasli dalam P&P. Dr Nazmi Desa dari IPTB turut menyampaikan ceramah bertajuk Thoriqah Muabasyarah pada hari kedua. Ceramah ketiga diteruskan dengan penyampaian oleh Ustaz Abdul Aziz bin Hassan @Yahya dari IPDA bertajuk Al'aab Lugahwiyah. Beliau seterusnya mengendalikan pembentangan bengkel sehingga jam 12.00 malam!!!

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Hj Daud bin Mat Saman, Timbalan Pengarah IPGMKTB. Beliau menyentuh tentang kepantingan Bahasa Arab dalam penggunaan harian. Beliau turut bangga dengan pendedahan Bahasa Arab kepada para pelajar diperingkat kanak-kanak lagi. "Saya amat berharap kerjasama ini dapat berjalan dengan baik di samping dapat menyampaikan tanggungjawab kepada guru dan anak-anak pelajar di sekolah", tegasnya.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak amat berharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan memperbanyakkan lagi program-program dan kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kemahiran guru .
Majlis Penyampaian Sijil Kursus oleh Tn Hj Daud bin Mat Saman, Timbalan Pengarah IPGMKTB diiringi oleh En Mohd Azahar b Abu Bakar. Pen Pengarah Pendidikan Islam Rendah (SPI JPN Perak). Di belakang ialah Ketua Unit LDP, Encik Rafuan b Othman
Gambar kenangan bersama Urusetia/Fasilitator, Penceramah dan peserta Kursus. Berdiri (kiri) ialah En Fadzil, Penyelaras Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Unit LDP IPGMKTB.

Penempatan Guru j-QAF Ambilan Jun 2009


Taklimat Penempatan guru ambilan Jun 2009 telah diadakan di Dewan Juara, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, IPOH pada 6 Julai 2009. Kehadiran semua wakil PPD amat bermakna kepada guru-guru baru yang akan berkhidmat di negeri Perak. Ustaz Salehuddin Arshad dari PPD Hilir Perak telah menyampaikan taklimat pelaksanaan j-QAF Negeri Perak. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ustaz Nahwiuddin b Abd Manaf, Penolong Pengarah j-QAF Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terpilih. Beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga tatasusila seorang guru agama. Taklimat berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan penyampaian surat penempatan kepada semua guru seramai 24 orang.

Ustaz Nahwiuddin, PP j-QAF KPM sedang menyampaikan surat penempatan kepada guru j-QAF diiringi oleh Tn Hj Ahmad Lutfi, PP j-QAF Negeri Perak