Monday, March 16, 2009

Mesyuarat ABM 2010

Pagi ini dimulakan dengan bismillah. Bermula 7:30 pagi menuju ke pejabat. Mesyuarat ABM sepatutnya jam 8:30 pagi telah ditunda kepada jam 2:30 petang. Masa yang ada digunakan untuk menyediakan maklumat SK j-QAF untuk keperluan Pejabat SUK. Timbalan SUK Dato' Mohd Jamal Mahussin akan menghubungi bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. YAB MB Perak memintanya untuk membuat agihan akhbar Jawi ke sekolah-sekolah j-QAF. Alhamdulillah dengan bantauan Us Salehuddin Arshad (PPD Hilir Perak) seorang pakar rujuk Jawi beberapa maklumat penting dapat diperolehi. Cadangan tentatif program, Sukatan Kemahiran Jawi Sekolah Rendah dan yang terakhir strategi pelaksananan Kursus semuanya diterima secara email. Tepat jam 11:00 pagi Dato' Jamal menghubungi. Ketika itu sedang sarapan pagi. Memang diduga. Terpaksa bergegas ke Pejabat SUK ditemani Penolong Pengarah Pendidikan Islam Rendah. Temu janji jam 11:30 di Pejabat SUK. Singgah dulu di pejabat. Dalam perjalanan telefon berbunyi lagi. Seorang guru j-QAF sedang menanti untuk membincangkan soal pertukaran. Memang dah ada temu janji dengannya. JEM...
Mohon maaf ustazah.. Bantuan Us Mohd Shah Penyelia Rendah terpaksa diminta untuk berbincang dengan Ustazah bersama suaminya. Jam 11:20 pagi bahan -bahan berkaitan dan email yang diterima terus dicetak. Sampai di Perkarangan SUK jam 11:30 pagi. Malangnya parking telah penuh. Terpaksa parking di muzium bersebelahan.
Berjumpa Timbalan SUK di tingkat 2. Beberapa maklumat tambahan diperlukan. Akhirnya balik semula ke pejabat dan membuat agihan. Semua kelas j-QAF tahun 3 hingga 5 sebanyak 1958 buah kelas dicadangkan untuk dibekalkan dengan akhbar Jawi dengan kadar sebuah akhbar bagi setiap kelas. Jam 1:15 semua maklumat telah diemail. Alhamdulillah...
Jam 2:30 mesyuarat ABM dijangka bermula. Jam 3:00 ptg Tuan Pengarah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat hingga jam 4:45 ptg. Tuan Pengarah mohon izin keluar ada urusan lain. Mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah. Isu ABM SK j-QAF dibangkitkan. Unit Sekolah Rendah mohon penjelasan jumlah waran yang dipohon bagi setiap sekolah. Data unjuran BSM ialah 3494. Unjuran SK j-QAF tahun 2010 ialah 557 buah. Guru sedia ada 1366 orang. Waran setiap sekolah ialah 3 orang guru j-QAF dengan tambahan masing-masing seorang pada tahun ketiga dan keempat pelaksanaan j-QAF. Titik penyelesaian tidak ditemui. Timbalan meminta isu ini diselesaikan diluar mesyuarat bersama Unit Rendah. Mesyuarat tamat hampir jam 6:00 ptg. Bergegas ke pejabat untuk solat asar. 6:30 sampai ke rumah. Terus mengadap komputer untuk merungkaikan isu berbangkit. Jam 7:10 semua data siap mengikut agihan setiap sekolah dengan keperluan seramai 2074 orang guru bagi ABM 2010. Data di email. Alhamdulillah ... siap juga akhirnya.
Selepas solat Maghrib kembali mengadap komputer untuk tolong membayar bil elektrik dan air Us Mohd Shah secara Online. Jam 8:30 malam baru nak makan malam merangkap makan tengahari tak sempat siang tadi.
Esok peperiksaan PTK di SMK Bukit Merchu. 2 buah buku setebal 2 inci perlu dibaca malam ini. Ya Allah permudahkan laluan ini. Amin...

No comments: