Tuesday, July 14, 2009

Kursus Kecemerlangan j-QAF Anjuran IPGMKTB - JPN Perak

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan j-QAF untuk Jurulatih Utama Negeri. Kursus ini diadakan sebanyak 2 siri. Siri pertama telah diadakan pada 7 -9 Julai 2009 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (BPG), Sungai Karangan, Kulim. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut mewakili 5 daerah seluruh negeri Perak. Kursus ini turut dihadiri oleh 5 orang wakil PPD daerah sebagai urusetia. Slot pertama telah disampaikan oleh Ustaz Ali Ahmad b Yusof dari SK King Enward IV (1) berkaitan penggunaan Lughatul Fasli dalam P&P. Dr Nazmi Desa dari IPTB turut menyampaikan ceramah bertajuk Thoriqah Muabasyarah pada hari kedua. Ceramah ketiga diteruskan dengan penyampaian oleh Ustaz Abdul Aziz bin Hassan @Yahya dari IPDA bertajuk Al'aab Lugahwiyah. Beliau seterusnya mengendalikan pembentangan bengkel sehingga jam 12.00 malam!!!

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Hj Daud bin Mat Saman, Timbalan Pengarah IPGMKTB. Beliau menyentuh tentang kepantingan Bahasa Arab dalam penggunaan harian. Beliau turut bangga dengan pendedahan Bahasa Arab kepada para pelajar diperingkat kanak-kanak lagi. "Saya amat berharap kerjasama ini dapat berjalan dengan baik di samping dapat menyampaikan tanggungjawab kepada guru dan anak-anak pelajar di sekolah", tegasnya.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak amat berharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan memperbanyakkan lagi program-program dan kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kemahiran guru .
Majlis Penyampaian Sijil Kursus oleh Tn Hj Daud bin Mat Saman, Timbalan Pengarah IPGMKTB diiringi oleh En Mohd Azahar b Abu Bakar. Pen Pengarah Pendidikan Islam Rendah (SPI JPN Perak). Di belakang ialah Ketua Unit LDP, Encik Rafuan b Othman
Gambar kenangan bersama Urusetia/Fasilitator, Penceramah dan peserta Kursus. Berdiri (kiri) ialah En Fadzil, Penyelaras Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Unit LDP IPGMKTB.

No comments: