Saturday, July 18, 2009

Pemantauan j-QAF Negeri Perak

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat pemantauan di beberapa sekolah di negeri Perak pada 20-22 Julai 2009. Sekolah yang terlibat ialah di daerah Kinta Utara, Hulu Perak dan Kerian. Isu kebajikan dan kemudahan guru menjadi fokus utama di samping melihat pencapaian murid-murid khususnya di pendalaman.

Sementara itu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak sedang menyusun pemantuan fasa II di semua daerah untuk penggal kedua. Pemantauan kali ini bagi melihat pelaksanaan program kecemerlangan j-QAF sebagaimana yang sarankan dalam surat siaran bil 4/2009 bertarikh 23 Februari 2009. Pihak Jabatan juga berhasrat untuk melihat Pelaksanaan Kem Bestari Solat seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan ke sekolah-sekolah pada penggal pertama persekolahan yang lalu.

Semoga semua sekolah dapat mengemaskini sistem fail khususnya yang melibatkan pencapaian murid-murid di sekolah masing-masing. SELAMAT MAJU JAYA.

1 comment:

tice said...

assalamualaikum..

Benarkah seperti yang diperkatakan secara tidak rasmi,Program j-QAF ini akan dibuat penyemakan semula sepanjang tempoh pelaksanaannya yang akan menjangkau 5 tahun pada 2010..

Jika benar,alhamdulillah dan ia menjuruskan kepada kepositifiannya..yakni diteruskan ke sekolah menengah dengan pelbagai penambahbaikan yang akan menyusul..Insya-Allah