Thursday, January 28, 2010

Catatan Pemantauan 2

2. Penggunaan BBM -
Guru yang menggunakan BBM secara berterusan mampu meningkatkan fokus murid kepada kemahiran yang diajar. Kad Huruf, Kad Imbasan dan Carta Huruf amat membantu murid-murid lemah untuk menguasai setiap kemahiran yang diajar. BPK telah memuatkan ke dalam CD pelaporan j-QAF BBM KLaQ. Tidak pasti berapa ramai guru-guru memanfaatkannya.
3. Pengajaran Secara Kolaboratif -
Hampir keseluruhan guru tidak memanfaatkan P&P secara kolaboratif ini secara berkesan. Hanya beberapa guru yang menyediakan agihan tugas guru semasa P&P (borang P&P 6 bulan kedua). Kebanyakan guru mengakui tenaga guru tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa P&P berjalan. Guru-guru perlu kembali kepada perancangan awal sebelum P&P bagi meningkatkan persediaan sebelum dan semasa P&P. Seorang GB menyatakan berlaku "pembaziran" tenaga guru dan tidak perlu 2 orang guru mengajar dalam satu-satu P&P (khususnya waktu Ulum).
4. Inovasi -
Guru berinovasi mampu melahirkan P&P yang berkesan tanpa usaha yang tinggi berbanding dengan guru yang mengajar bersungguh-sungguh tanpa strategi P&P yang betul. Guru perlu memikirkan bagaimana cara untuk menarik fokus murid ketika P&P, untuk mengekalkan ingatan murid kepada kemahiran yang diajar dan untuk meningkatkan waktu pembelajaran berkualiti bagi murid. (Saya akan cuba muatkan di website SPIPK buku iqra' 1-3 yang telah diringkaskan kepada kemahiran asas sebagai panduan guru). Penggunana jari atau penunjuk adalah inovasi yang paling mudah dan murah bagi meningkatkan fokus murid. Pastikan apa yang dibaca ditunjuk oleh murid walaupun guru terpaksa "memegang" jari murid.

No comments: