Friday, May 07, 2010

Sekolah Cemerlamg j-QAF

Perhimpunan pagi JPN Perak telah diadakan pada 25 Mac 2010 di Atrium Gemilang, Jabatan Pelajaran Perak. Perhimpunan dwi bulanan ini merupakan anjuran bersama Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Pengurusan Akademik.

Antara pengisian perhimpunan ini ialah anugerah kecemerlangan kepada sekolah-sekolah j-QAF yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di daerah masing-masing. Sebanyak 10 sekolah mewakili setiap daerah
telah menerima anugerah daripada tuan Pengarah Pelajaran Perak.

Anugerah ini telah diterima oleh Guru-guru Besar sekolah berkenaan mewakili semua warga sekolah khususnya GPI dan GJQ yang berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang penguasaan al-Quran murid tahun 5 pada bulan Oktober 2009 yang lalu. Kecemerlangan ini turut mengambil kira sumbangan guru-guru di peringkat negeri dan daerah dalam memperkasakan program j-QAF di samping komitmen pihak pentadbiran sekolah terhadap program ini.

SK Sungai Siput (U) yang mendapat anugerah kecemerlangan peringkat daerah Kuala Kangsar turut dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang j-QAF Peringkat Negeri. Sekolah-sekolah yang menerima anugerah ialah SK Seri Sitiawan
(Manjung), SK Sungai Setar (Kerian), SK Bagan Pasir (Hilir Perak), SK Seri Cempaka (Perak Tengah) dan SK Lenggong (Hulu Perak). Turut menerima anugerah ialah SK Seri Besout (Batang Padang), SK Klian Pauh (Larut Matang Selama), SK Bernadette's Convent (Kinta Selatan) dan SK Sungai Rokam (Kinta Utara).

Tahniah & Syabas

Guru Besar SK Sungai Siput (U) menerima anugerah Sekolah Cemerlang j-QAF Peringkat Negeri daripada Tuan Hj Mohd Radzi b Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak

1 comment:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA